By: nabialishad azin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Jul-2006 07:14 Email | Share | Bookmark
PIE APPLE McD

As request from dearly brother..so nih laa apple pie mcD..thanks to one of forumers from CARI yg bg resepi nih...sowi i just copy n paste d recipe..byk kali dh buat but stiap kali nk buat sure x sempat nk amik gambo..so nnt klu aku buat lg...letak ek gambonya...

APPLE PIE GORENG ala McD
Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan shortening atau (mentega) (Kalau mentega mesti dalam keadaan beku)
1 sudu teh garam
1/2 cawan air sejuk
2 biji epal hijau
1/3 cawan gula
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 cawan minyak sayuran

Cara-caranya
1. Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul. Kita nak buat apple pie McD kan so kena ikut macam McD sikit.
2. Ayak tepung dan garam. Potong shortening/ atau mentega yang masih beku. Gaul shortening/ mentega dengan tepung menggunakan "rub in" method. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.
3. Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci macam McD punya pie le. Letakkan inti epal ditengah pastry. Gunakkan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.
4. Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak. Boleh taburkan gula atasnya sebelum makan. Best makan bila panas. BE CAREFUL FILLING CONTENTS MAY BE HOT << macam McD la.

Tips: Selalu saya simpan pastry yang telah diisi inti epal dalam freezer sekejap agak2 15 minit. Keluarkan kemudian terus goreng, method ini untuk mendapatkan pastry yang ranggup. Inti epal mestilah tidak terlalu basah takut kulit pastry lembik. Minyak mesti panas betul, sebaik2nya goreng dalam minyak yang banyak. Inti pie ni agak sedikit, so saya sarankan kengkawan semua tambahkan epal menjadi empat bijik dan gula 3/4 cawan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net