By: nabialishad azin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 19-Dec-2006 00:53 Email | Share | Bookmark
MEEHOON...BIHUN...DAN SEANGKATAN DENGANNYA..

 
Sekiranya kengkawan perasan...kebanyakkan masakan nabia ada serai..this is tribute for u zakiah.. Ntah laa kenapa tapi serai tu macam satu kemestian..semenjak berkahwin dgn org jawa..hehehehe..dulu mmg pelik kenapa setiap kali mertua masak...diletakkan serai dan halia..tapi masakannya mmg SUPERB! memang sesedap mana pun nabia masak n ikut cara dia...tetap tak boleh challenge..so kesimpulannya mmg ada perubahan yg nyata kalau masakan diletakkan serai dan tidak..Kengkawan juga ada yg pelik..tapi bila mereka cuba..ternyata masakan ada rasa kelainannya..sedap ke tidak bergantung kepada empunya yg merasa...ecewah!!

HALIA
Halia ditanam di kawasan tanah gembur dan di kawasan yang terdapat banyak cahaya matahari. Nama saintifik bagi halia ialah Zingiber officinale Rosc dan ia adalah daripada Famili Zingiberaceae. (Rujuk rajah 1 di helaian 10). Di dalam masyarakat Melayu, halia digunakan untuk mengubati sakit perut, sendawa berlebihan dan sebagainya. Bagi tujuan perubatan tradisional ini, terdapat dua bahagian halia yang akan digunakan iaitu rizom halia dan dedaunnya.

Bagi mengubati sakit perut, rizom halia direbus dan airnya diminum. Dalam pada itu, sakit perut juga boleh diubati sekiranya pesakit memakan daun halia pada setiap hari. Bagi menghentikan sendawa pula, rizom halia hendaklah ditumbuk dengan sedikit lada putih. Kemudian ia dicampurkan dengan sedikit air dan diminum dua kali sehari selama dua minggu.

Selain itu, daripada kajian saintifik yang dilakukan ke atas halia didapati bahawa terdapat beberapa jenis bahan kimia yang telah dapat diasingkan daripada tumbuhan ini. Antaranya ialah sesquithujuene, zingiberene, zerumbone, zingiberol dan hydrocurcumine. Kajian juga mendapati bahawa halia turut mengandungi oleoresin yang apabila dimakan dapat mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah dan hati. Dalam pada itu, terdapat juga bahan-bahan penting yang lain seperti citral, linalool, methylheptenone, farnesene, zingerone, shogaol dan gingerol.

SERAI
Pokok serai adalah sejenis tumbuhan yang hidup meliar namun terdapat juga yang ditanam oleh sesetengah orang di kebun-kebun. Nama saintifik bagi serai ialah Cymbopogon citratus (D.C) Stapf dan ia adalah daripada Famili Gramineae. (Rujuk rajah 2 di helaian 10). Di dalam masyarakat Melayu, serai sering digunakan untuk menambahkan perisa di dalam sesetengah makanan bagi menambahkan keharuman dan kelazatannya. Bagi tujuan perubatan tradisional pula, terdapat tiga bahagian utama yang boleh dimanfaatkan iaitu akar, daun dan batangnya.

Bagi kegunaan tradisi, serai digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, sengal-sengal (rheumatism), sakit perut dan masalah membuang air kecil. Bagi mengubati sakit kepala dan sengal-sengal, daun serai haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di dahi (bagi sakit kepala) atau bahagian-bahagian tubuh yang terasa sengal. Bagi sakit perut dan masalah membuang air kecil pula, daun dan akar serai haruslah direbus dan diminum air rebusan tersebut. Selain daripada itu, batang serai pula boleh digunakan untuk menambahkan keharuman di dalam makanan. Di samping itu juga, ekstrak daripada akar serai boleh digunakan sebagai pewangi di dalam syampu dan minyak wangi. Ia juga boleh digunakan di dalam air mandian bagi menyegarkan tubuh badan.

Sekiranya ditinjau dari sudut kajian saintifik pula, didapati bahawa pokok serai juga turut mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Minyak ini mengandungi beberapa campuran seperti citral, limonena dan methyl heptonen. Daripada kajian yang dijalankan juga didapati bahawa haruman dan aroma yang terhasil daripada pokok serai ini sebenarnya disebabkan oleh limonena dan campuran citral yang terkandung di dalamnya. Selain itu, ahli-ahli sains juga telah dapat mengasingkan dua jenis bahan kimia lain daripada pokok serai iaitu campuran Cymbopogonol dan Cymbopogone.

PEGAGA
pegaga merupakan tumbuhan herba yang hidup menjalar dan mempunyai bunga bewarna kemerahan. Nama saintifik bagi pegaga ialah Hydrocotyle asiatica Linn dan ia adalah daripada Famili Umbilliferae. (Rujuk rajah 3 di helaian 11). Di dalam masyarakat Melayu, pegaga sering digunakan sebagai ulam. Tumbuhan herba ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan tradisi yang tinggi. Contohnya ia boleh digunakan untuk mengubati sakit kepala (pening), sengal-sengal (rheumatism), sakit mata, demam kepialu (typhoid), mencantikkan kulit serta boleh dijadikan sebagai tonik. Bahagian tumbuhan ini yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan tradisional ialah daun dan akarnya.

Bagi mengubati sakit kepala (pening), daun pegaga perlu direbus dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam keadaan yang terdedah. Kemudian daun pegaga itu dimakan bersama kacang hijau dan air rebusan tersebut pula haruslah diminum. Dalam pada itu, daun pegaga juga dikatakan mampu untuk mengubati penyakit sengal-sengal badan. Bagi mengubati penyakit ini, daun pegaga hendaklah direbus dengan bawang dan air rebusan itu haruslah diminum. Bagi mengubati sakit mata pula, daun pegaga direbus dan air rebusan itu diminum setelah dicampurkan sedikit dengan gula.

Di samping itu, bagi mengubati penyakit demam kepialu atau typhoid, daun pegaga haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di atas dahi. Bagi mencantikkan kulit pula daun pegaga yang mengandungi kandungan protein yang tinggi hendaklah dihancurkan sehingga lumat dan disapukan ke bahagian kulit yang berkenaan.

Selain mengubati penyakit, pegaga juga boleh dijadikan tonik. Bagi menghasilkan tonik daripada pegaga ini, bahagian tumbuhan ini yang digunakan ialah akarnya. Akar pegaga akan direbus dan ia boleh menjadi tonik yang amat berkhasiat.

Selain daripada penggunaan secara tradisi, kajian saintifik juga ada menunjukkan bahawa daun pegaga mempunyai nilai perubatan moden. Kajian menunjukkan bahawa tablet yang dibuat daripada daun pegaga dapat mengubati penyakit terencat akal (lembab) di kalangan kanak-kanak. Ini dapat dilakukan dengan pemakanan tablet yang dibuat daripada pegaga secara berterusan selama 12 minggu. Hasil yang diperolehi daripada pemakanan tablet ini ialah kanak-kanak tersebut telah menunjukkan kesan untuk pulih sepenuhnya. Selain itu, ahli-ahli sains juga telah berjaya mengasingkan dua jenis bahan kimia daripada daun pegaga iaitu asid madasiatic dan asid brahmic.

ASAM BELIMBING
Pokok asam belimbing adalah sejenis tumbuhan yang ditanam untuk tujuan pertanian bagi mendapatkan buahnya. Asam belimbing juga dikenali sebagai belimbing buluh di sesetengah tempat. Nama saintifik bagi tumbuhan ini adalah Averrhoa belimbi Linn dan ia adalah daripada Famili Oxalidaceae. (Rujuk rajah 4 di helaian 11). Di dalam masyarakat Melayu, asam belimbing digunakan sebagai penambah perasa di dalam makanan. Untuk tujuan perubatan tradisional pula, terdapat tiga bahagian utama yang boleh digunakan untuk mengubati penyakit iaitu buah, bunga dan dedaunnya.

Dari segi perubatan, asam belimbing boleh mengubati beberapa jenis penyakit seperti jerawat, darah tinggi, kencing manis, sakit kepala, batuk dan sakit gigi. Dalam pada itu, asam belimbing juga boleh digunakan untuk mencantikkan kulit. Bagi merawat masalah jerawat, buah asam belimbing diparut dan dicampurkan dengan sedikit garam. Campuran ini kemudiannya disapukan ke muka. Bagi mengubati penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit kepala pula, buah asam belimbing boleh digunakan iaitu dengan dijadikan jus dan diminum.

Bagi merawat batuk pula, daun, buah dan bunga asam belimbing hendaklah direbus dan diminum airnya. Selain daripada itu, bunga asam belimbing juga boleh digunakan unutk mengubati sakit gigi dan batuk. Di samping itu juga, buah asam belimbing turut digunakan untuk menambahkan perasa di dalam nasi dagang di kalangan orang-orang Melayu.

JINTAN HITAM
Pokok jintan hitam ialah sejenis rumput-rampai bewarna kehitaman yang menghasilkan bijian yang dipanggil jintan hitam. Daun-daunnya kecil serta halus, bunganya bewarna biru, buahnya terbungkus dan di dalamnya terdapat biji kecil yang bewarna hitam. Nama saintifik bagi jintan hitam ialah Nigella sativa Linn dan ia adalah daripada Famili Ranunculaceace.

Di dalam masyarakat Melayu, jintan hitam ini digunakan di dalam makanan sebagai penambah perisa dan ia akan berbau seperti buah lemon apabila dipecahkan. Terdapat juga jintan hitam yang diletakkan di dalam roti dan makanan ringan untuk mengharumkan bau dan menambahkan kelazatannya. Dari segi perubatan tradisional, masyarakat Melayu menggunakan jintan hitam untuk mencegah sengal-sengal badan, rasa mual (loya), sakit kepala, demam dan untuk kegunaan ibu-ibu selepas bersalin.

Di samping itu, jintan hitam juga dikenali sebagai jintan India dan bagi orang-orang Arab, jintan hitam ini lebih dikenali sebagai al-Habbah al-Sawda’. Kehebatan jintan hitam sebagai sejenis ubat yang mujarab juga diiktiraf di dalam Al Quran seperti yang dinyatakan di dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Al Bukhari yang bermaksud:

‘Tidak ada penyakit yang tidak dapat diubati dengan al-Habbah al-Sawda’, kecuali al-Sam (maut)’.

Di dalam masyarakat Melayu, jintan hitam digunakan sebagai ubatan tradisional yang mujarab bagi penyakit lelah, batuk, demam, batu karang, sakit gigi, sakit mata, jerawat, panau, kurap, bisul dan angin. Di samping itu, jintan hitam juga boleh digunakan untuk menambahkan susu ibu, meningkatkan ghairah seks, melancarkan darah haid, melawaskan air kencing, membersihkan perut, menyembuhkan sengatan serangga berbisa seperti lebah dan lipan, lumpuh dan sebagainya.

Bagi mengubati sakit panau, bisul, kurap dan jerawat, jintan hitam hendaklah digiling dan dicampurkan dengan sedikit cuka. Kemudian disapukan kepada kulit yang mengalami masalah tersebut. Bagi merawat penyakit batu karang, melawaskan air kencing, melancarkan darah haid dan menambahkan susu ibu pula, jintan hitam hendaklah dihancurkan dan dicampurkan dengan madu. Kemudian ia diminum dengan air panas. Ini hendaklah dilakukan berterusan selama beberapa hari.

Resepi yg nabia nk share hari ni..nabia dapat dari fp Kak Nina to Kak Nina..suka tgk masakan akak sorg nih...nampak sedap sokmo!! Nabia teringin nk masak camnih tp xtau lak kene letak air asam..patut laa sokmo x jadi buat version gini..output nabia xde laa sesedap kak nina..tapi sekadar boleh dimakan anak4 sudah mencukupi...erks alhamdulillahhh...


MIHUN GORENG SPECIAL
Bihun (direndam hingga lembut)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar/cili boh

Bahan A
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat (nabia gunakan kicap biasa sj..)
1 sudu besar sos tiram (nabia kehabisan stok..uhuk)
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar air asam jawa
Garam/Gula

Sayur Sawi/Taugeh
Udang - dibuang kulit [xde pulak udang dlm peti ais]
Ayam - dipotong kecil2
Daging batang pinang - dipotong kecil2

Tumbuk bawang dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan cili boh. Kacau. Kemudian masukkan semua bahan A. Kacau hingga sebati. Masukkan ayam,daging, garam dan gula. Biar sebentar hingga masak. Kemudian, masukkan bihun tadi, gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sayuran dan siap!


Kebiasaannya version meehoon goreng nabia warnanya hitam..kengkdg putih(meehoon singapore)..So bagi sesiapa yg mahu kelainan meehoon goreng nih..nih resepinya ya..easy pepzie!! ..this is tribute for MamaFami too..

MIHUN GORENG HITAM
1/2 bungkus meehoon TESCO (nabia panaskan air dlm periuk..n masukkan sebentar meehoonnya..jgn terlalu lama..klu terlebih nnt meehoon akan lembik n mudah putus)
4 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap kipas udang(ikut warna yg disukai..makin byk kicap makin sedap)
3 s/b sos cili KIMBALL
2 s/b lada sulah/lada hitam kasar
Garam(hanya buat syarat..sbb gabungan kicap+lada sulah tu dh ckup masin..kengkdg nabia x letak)

Sayur Sawi/Daun bawang
Daging batang pinang - dipotong kecil2-lagi byk lagi sedap

Tumbuk bawang dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan daging dan dikacau sebentar.Kemudian masukkan air agak2 tenggelam dagingnya sbb nnt hasil meehoonnya akan lembab2 gitu. Masukkan kicap+sos+lada sulah dan kacau hingga sebati. Biar sebentar hingga masak.Bila rasanya dh ckup masin manis pedas, masukkan meehoon tadi, gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sayuran dan siap!


Senang kan? Kalau sukatannya kureng mahapkan nabia ye...sbb slalunya main campak ja masak nih..ikut suka..orang kata masak nih kene kreatif kannn...tui dak MAK? ehhehe..jumpa lagi nanti ye..

Quote:

Mommy_d&d- hmmmm keje nak sket ja nih..eiii babap dia..babap dia..cuba babap sket M tu..hahaha..
psstt..lu suka baking kan..haa pe kata lu anto sket kt gue..wa suka bebeno roti2 nih..
Za - ahahhaah lawak laa awak nihh...(sambil nabia tepuk2 bahu za..pastu tersipu2 senyum kambing x mandi..)
Kak Leen- YES! YES! ada gak yg tergoda..hahahaha pandai diriku menggoda..
'MAK' -santapan mata pun konyang peeee..nnt balik for good hehr mama leh mkn meehoon..ckp ja nk warna pe..hahaha
Kuchai- hahaha cian org lain tu kuchai borong suma! hahaha..
pssttt dik...air asam jawa tu buatkan meehoon tu mcm pengganti cuka..ada masam2 sket..kengkdg ada yg masak meehoon guna cuka..kira rasa dia lg ngam soi! masam masin manis pedas..pehhh perfect!cuba ye...
Kak Sabrina - alhamdulillah ada yg seronok nak makan...nak layan tekak bebudak nih pun suatu cabaran kak..klu idak jenuh nk paksa makan...ehehehhe


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net