By: nabialishad azin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 20-Dec-2006 06:11 Email | Share | | Bookmark
LUNCH FOR TODAY!

 
 
Menu nih hidangan nabia last weekend ye..jangan terpedaya.. ku hanya boleh memasak sepenuhnya on weekends ja..huhu sedih ehh..nasib laa klu jd ibu bekerjaya nih..banyak mende terpaksa dikorbankan..kengkdg balik keje tgk anak4 dah tertido..nasib nabia baik sbb yg menjaga anak4 mertua sendiri... tapi yg anak4 pun kengkdg tunggu sampai kami balik baru laa nk tido..kengkdg call mak..bila kami tersekat sbb jammed..mak cakap depa dh menunggu depan pintu...huhu agak2 sejuk dak perut nabia melahirkan depa...ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH...

Selalunya depa xnak makan nasi for dinner sbb tunggu ayah n ummi balik..nak makan bersama..kami sampai di rumah..solat bersama..[selalunya ayah sujud..si kembo pi main laci laa panjat katil laaa...aduhaiii..lasak sungguh..x kusyuk jdnya semua org.. ] then makan bersama..Nabila kene baca doa selalunya..adik2 pun jadi hapal skrang..even si kecik skali tu pun bila memasing bc doa..dia angkat tangan n ckp "naaa..naaa.naaa" seolah2 "Allahumma barik lana...."..bila kita aminn..dia pun angkat tangan[sblh tangan jaa doa dia nih] n sapu kt muka.. tapi bila start makan hoho berkecahnya komain...hahaha..so sblm depa mkn ummi dh get ready letak paper bwh kerusi..klu idak jenuh tetiap kali mkn ummi kene sapu n mop..bertuah sungguh anak4ku nih..

Bahagia? Ceria? Meriah? Alhamdulillah keluargaku cukup meriah dan ceria bersama anak4 dan mertua..kalau mak nk dtg duduk skali dgn kami lagi laaaa seronok!!! tapi apakan daya mak nun jauh di johor..(cam laa jauh sgt ehh..) Umah kami mmg tempat tumpuan sanak saudara datang bertandang atau berkumpul..so no wonder kan camna nabia amat seronok memasak sekiranya diberi peluang!!! bertambah seronok bila mereka amat seronok makan di rumah kami...alhamdulillah..sila datang lagi yee...sedap ke idak ke hantam jaa laaa ye pakcik2 n makcik2 ku...

So panjang lak ngomel hari nih..sila menjamu mata ye...





Quote:

Nic - iyo? ayo haii den pun suko bona..lomak nogori laie laa fave den! ehhehe..
MamaFaMi - AMINNNN...kalau keluarga MamaFami joint sama harus anak4 x makan sbb ummi-mama dok sibuk kecoh sama2 beborak..HAHAHAH...
Ishzah - jauh2 tgk ishzah memasak bukan keroncong lagi...rap teruihhhh!!
Kak Rossya - hmmm kalau akak datang...sambal jawa+lemak cili padi daging + ikan kering+khailan ikan masin+ulam..pehhh nabia sendiri dah terlelh air liur nih..camno nihhh...
Chenorms - xde laa dik..tu ayam n daging..nampak cam ikan masin ehhh...
Mommy_d&d - Damia pun suka ehhh..harus joint dgn Danial sbb fave dia jugak..dlm pedas2 tu nak jugak..sampai x berenti makan..suka tgknya..kannn
Hellikonia - pehhh sodap x terkato den!! layan lak dgn nasi panas..ikan masin se..fuyooo leleh lagik air liuq!!
Kuchai - pehhh power root gak tu sampai jalan pun x nampak ehhh..ehehe
Za - bila panas2 makan...makanan x sedap pun leh jd sedap tauuu...eheheh
Kak Sabrina - alaaaa terlewat intan baca komen2..klu idak sure leh tumpang akak balik jb! ehehe..
Phalinn - rasanya Doc sorg nih dh masak ke belum sayur yg dibeli tu..ehehhe..terlewat ku membaca komen mu..ehhehe
~F&Z~ - xpe kak..xde tenggiri..apa saja jenis ikan pun lazat dibuat lemak!!akak buat sure lg ummpphh!!
Phalinn - Salam Tahun Baru juga buat Phalinn..sama2 laa kita menjadi lebih baik dari sebelumnya kann...
Kak Kuzi - Selamat Tahun Baru jua buat kak kuzi sekeluarga..
Kuchai - Selamat Tahun Baru!
Dell - same to you too..thanks for visiting ehhh...many happy returns too...


Tuesday, 19-Dec-2006 05:19 Email | Share | | Bookmark
PUDING O PUDING

 
 
Mak selalu berpesan...gunakan masa yg ada sekarang sebaik mungkin supaya kita tidak kehilangan masa pada masa hadapan... So nabia prektikkan sket ayat2 mak nih utk update my latest experiment last weekend.. boleh laaa mak ehh... untung tau mak dpt anak yg nakal cam nabia nih haaaa....HAHAHAH kalau laa mak leh usha 'umah' nabia nih sure mak akan cakap "BERTUAHNYA BUDAK!!! "

Well bukannya gempak sangat experiment kali nih but satu impian yg lama tersimpan dari anak dara lagi bila tgk along asik hidangkan kami dgn experiment nih...n was well enjoyed by family especially 'si kuat makan' sorang nih...haahahaha i know who!!i know who!! Dah byk kali pun mintak resepi along tapi simpan buat pekasam..hahaha..ya ampun long... bagaikan impian terlaksana gitu akhirnya dapat gak buat experiment nih sendiri...clap for me..clap for me..

Nih resepinya ya...tribute for you too my dear friend Mai psssstt jangan x buat tauuuu...


PUDING JAGUNG BERKOKTAIL
Bahan
1 cwn tepung kastard[nabia guna bird's castard]
5 cwn air
1/2 cwn susu cair/santan[nabia guna susu cair..along ckp guna santan pekat lg kaw sekkkk]
2-3 s/b gula[nabia tambahkan lg bbrp sudu..sbb puding nih mmg agak tawar sbb kuahnya nnt ckup manis..]
sedikit cream jagung dlm tin[byk lg sedap]

Cara
-Masukkan semua bahan puding atas api dan kacau perlahan-lahan sampai likat..agak2 dh likat tu terus padam api dan masukkan dlm bekas2 kecil atau loyang dan sejukkan. Agak2 dh sejuk tu masukkan ke dlm peti ais. Lagi sedap puding nih dihidang dlm keadaan yg sejuk.

Bahan Kuah Koktail
1 tin susu cair-lebihan buat puding td
1 tin air-gunakan ukuran tin susu cair td
1 cawan gula
Koktail LEGO/sebarang brand
1 tin cream jagung-lebihan buat puding td.

Cara
-Masak kuahnya sehingga agak2 menggelegak/masak.Sentiasa kacau supaya susu/santan nya x pecah.
-Dibiarkan sejuk dan masuk dlm peti ais..serve best masa sejuk..


Quote:

Kak Leen-puding o puding mari la kemari..dihidang buat si dia..kak leen o kak leen mari kemari..semangkuk untukmu jua..
Kak Nina-haippp pe main tabik2 nih..turun 10!!!
psstt 4 nih pun dh x terlarat..mau tambah lagi? hahaha..haip! turun lg 10!!! ne leh ngaku tua..mesti sentiasa ngaku muda..baru laa muka pun ceria..hahahah
MamaFaMi-huk alohhh dia main gelongsor je ye..haaa sruhhhhhhhhh gelongsor lagi satu suap!
Chenorms- eh jangannnnnnnnnnn...jangan x try... :surprised:
Hellikonia - tu laaa..berlemak gitu! thanks for d tips dear..nabia masih lum power buat cekodok comey gitu..
Ishzah- sungguh sedap jua puteri shalat muuuuuuuuu...
Kuchai- Hepi Besday to uuuu...ehhh jgn memalu..tambah lagi..abih kalu buat sendiri... gurau ja ya..
Nic- nyaman jua diriku jika berada di bukit tinggi...
Kak Sabrina- alhamdulillah menjadik! thumbs up dek hubby n anak4..non stop mau mau dan mau lagiii...macih kak dearrrr...ada rezeki sila ke rumah nnt nabia sediakan..
Mommy_d&d- laaa sket ja? nih mesti kes mommy xnk bg damia n danishh...eiii babap kang!
Azza- oo ye ke..bestnyaaaa..lama kuidam duduk di rumah coti..ooo area tu ehhh...ehhhe kita serah pada ketentuan Ilahi ja laa naaa..
Zuera- ha'a easy pepzie!cuma nk buat tu x sempat2 nabia nih..ehehhe...kalau campur agar2 lg nmpk pejal laa kot pudingnya..version nabia nih jenis lembut pudingnya..klu x masuk peti ais sure kene ceduk2 pakai sudu ja hidangkan... btw..good luck ehh..dh buat tepek kt fp tau!thanks for visiting...


Tuesday, 19-Dec-2006 00:53 Email | Share | | Bookmark
MEEHOON...BIHUN...DAN SEANGKATAN DENGANNYA..

 
Sekiranya kengkawan perasan...kebanyakkan masakan nabia ada serai..this is tribute for u zakiah.. Ntah laa kenapa tapi serai tu macam satu kemestian..semenjak berkahwin dgn org jawa..hehehehe..dulu mmg pelik kenapa setiap kali mertua masak...diletakkan serai dan halia..tapi masakannya mmg SUPERB! memang sesedap mana pun nabia masak n ikut cara dia...tetap tak boleh challenge..so kesimpulannya mmg ada perubahan yg nyata kalau masakan diletakkan serai dan tidak..Kengkawan juga ada yg pelik..tapi bila mereka cuba..ternyata masakan ada rasa kelainannya..sedap ke tidak bergantung kepada empunya yg merasa...ecewah!!

HALIA
Halia ditanam di kawasan tanah gembur dan di kawasan yang terdapat banyak cahaya matahari. Nama saintifik bagi halia ialah Zingiber officinale Rosc dan ia adalah daripada Famili Zingiberaceae. (Rujuk rajah 1 di helaian 10). Di dalam masyarakat Melayu, halia digunakan untuk mengubati sakit perut, sendawa berlebihan dan sebagainya. Bagi tujuan perubatan tradisional ini, terdapat dua bahagian halia yang akan digunakan iaitu rizom halia dan dedaunnya.

Bagi mengubati sakit perut, rizom halia direbus dan airnya diminum. Dalam pada itu, sakit perut juga boleh diubati sekiranya pesakit memakan daun halia pada setiap hari. Bagi menghentikan sendawa pula, rizom halia hendaklah ditumbuk dengan sedikit lada putih. Kemudian ia dicampurkan dengan sedikit air dan diminum dua kali sehari selama dua minggu.

Selain itu, daripada kajian saintifik yang dilakukan ke atas halia didapati bahawa terdapat beberapa jenis bahan kimia yang telah dapat diasingkan daripada tumbuhan ini. Antaranya ialah sesquithujuene, zingiberene, zerumbone, zingiberol dan hydrocurcumine. Kajian juga mendapati bahawa halia turut mengandungi oleoresin yang apabila dimakan dapat mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah dan hati. Dalam pada itu, terdapat juga bahan-bahan penting yang lain seperti citral, linalool, methylheptenone, farnesene, zingerone, shogaol dan gingerol.

SERAI
Pokok serai adalah sejenis tumbuhan yang hidup meliar namun terdapat juga yang ditanam oleh sesetengah orang di kebun-kebun. Nama saintifik bagi serai ialah Cymbopogon citratus (D.C) Stapf dan ia adalah daripada Famili Gramineae. (Rujuk rajah 2 di helaian 10). Di dalam masyarakat Melayu, serai sering digunakan untuk menambahkan perisa di dalam sesetengah makanan bagi menambahkan keharuman dan kelazatannya. Bagi tujuan perubatan tradisional pula, terdapat tiga bahagian utama yang boleh dimanfaatkan iaitu akar, daun dan batangnya.

Bagi kegunaan tradisi, serai digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, sengal-sengal (rheumatism), sakit perut dan masalah membuang air kecil. Bagi mengubati sakit kepala dan sengal-sengal, daun serai haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di dahi (bagi sakit kepala) atau bahagian-bahagian tubuh yang terasa sengal. Bagi sakit perut dan masalah membuang air kecil pula, daun dan akar serai haruslah direbus dan diminum air rebusan tersebut. Selain daripada itu, batang serai pula boleh digunakan untuk menambahkan keharuman di dalam makanan. Di samping itu juga, ekstrak daripada akar serai boleh digunakan sebagai pewangi di dalam syampu dan minyak wangi. Ia juga boleh digunakan di dalam air mandian bagi menyegarkan tubuh badan.

Sekiranya ditinjau dari sudut kajian saintifik pula, didapati bahawa pokok serai juga turut mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Minyak ini mengandungi beberapa campuran seperti citral, limonena dan methyl heptonen. Daripada kajian yang dijalankan juga didapati bahawa haruman dan aroma yang terhasil daripada pokok serai ini sebenarnya disebabkan oleh limonena dan campuran citral yang terkandung di dalamnya. Selain itu, ahli-ahli sains juga telah dapat mengasingkan dua jenis bahan kimia lain daripada pokok serai iaitu campuran Cymbopogonol dan Cymbopogone.

PEGAGA
pegaga merupakan tumbuhan herba yang hidup menjalar dan mempunyai bunga bewarna kemerahan. Nama saintifik bagi pegaga ialah Hydrocotyle asiatica Linn dan ia adalah daripada Famili Umbilliferae. (Rujuk rajah 3 di helaian 11). Di dalam masyarakat Melayu, pegaga sering digunakan sebagai ulam. Tumbuhan herba ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan tradisi yang tinggi. Contohnya ia boleh digunakan untuk mengubati sakit kepala (pening), sengal-sengal (rheumatism), sakit mata, demam kepialu (typhoid), mencantikkan kulit serta boleh dijadikan sebagai tonik. Bahagian tumbuhan ini yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan tradisional ialah daun dan akarnya.

Bagi mengubati sakit kepala (pening), daun pegaga perlu direbus dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam keadaan yang terdedah. Kemudian daun pegaga itu dimakan bersama kacang hijau dan air rebusan tersebut pula haruslah diminum. Dalam pada itu, daun pegaga juga dikatakan mampu untuk mengubati penyakit sengal-sengal badan. Bagi mengubati penyakit ini, daun pegaga hendaklah direbus dengan bawang dan air rebusan itu haruslah diminum. Bagi mengubati sakit mata pula, daun pegaga direbus dan air rebusan itu diminum setelah dicampurkan sedikit dengan gula.

Di samping itu, bagi mengubati penyakit demam kepialu atau typhoid, daun pegaga haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di atas dahi. Bagi mencantikkan kulit pula daun pegaga yang mengandungi kandungan protein yang tinggi hendaklah dihancurkan sehingga lumat dan disapukan ke bahagian kulit yang berkenaan.

Selain mengubati penyakit, pegaga juga boleh dijadikan tonik. Bagi menghasilkan tonik daripada pegaga ini, bahagian tumbuhan ini yang digunakan ialah akarnya. Akar pegaga akan direbus dan ia boleh menjadi tonik yang amat berkhasiat.

Selain daripada penggunaan secara tradisi, kajian saintifik juga ada menunjukkan bahawa daun pegaga mempunyai nilai perubatan moden. Kajian menunjukkan bahawa tablet yang dibuat daripada daun pegaga dapat mengubati penyakit terencat akal (lembab) di kalangan kanak-kanak. Ini dapat dilakukan dengan pemakanan tablet yang dibuat daripada pegaga secara berterusan selama 12 minggu. Hasil yang diperolehi daripada pemakanan tablet ini ialah kanak-kanak tersebut telah menunjukkan kesan untuk pulih sepenuhnya. Selain itu, ahli-ahli sains juga telah berjaya mengasingkan dua jenis bahan kimia daripada daun pegaga iaitu asid madasiatic dan asid brahmic.

ASAM BELIMBING
Pokok asam belimbing adalah sejenis tumbuhan yang ditanam untuk tujuan pertanian bagi mendapatkan buahnya. Asam belimbing juga dikenali sebagai belimbing buluh di sesetengah tempat. Nama saintifik bagi tumbuhan ini adalah Averrhoa belimbi Linn dan ia adalah daripada Famili Oxalidaceae. (Rujuk rajah 4 di helaian 11). Di dalam masyarakat Melayu, asam belimbing digunakan sebagai penambah perasa di dalam makanan. Untuk tujuan perubatan tradisional pula, terdapat tiga bahagian utama yang boleh digunakan untuk mengubati penyakit iaitu buah, bunga dan dedaunnya.

Dari segi perubatan, asam belimbing boleh mengubati beberapa jenis penyakit seperti jerawat, darah tinggi, kencing manis, sakit kepala, batuk dan sakit gigi. Dalam pada itu, asam belimbing juga boleh digunakan untuk mencantikkan kulit. Bagi merawat masalah jerawat, buah asam belimbing diparut dan dicampurkan dengan sedikit garam. Campuran ini kemudiannya disapukan ke muka. Bagi mengubati penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit kepala pula, buah asam belimbing boleh digunakan iaitu dengan dijadikan jus dan diminum.

Bagi merawat batuk pula, daun, buah dan bunga asam belimbing hendaklah direbus dan diminum airnya. Selain daripada itu, bunga asam belimbing juga boleh digunakan unutk mengubati sakit gigi dan batuk. Di samping itu juga, buah asam belimbing turut digunakan untuk menambahkan perasa di dalam nasi dagang di kalangan orang-orang Melayu.

JINTAN HITAM
Pokok jintan hitam ialah sejenis rumput-rampai bewarna kehitaman yang menghasilkan bijian yang dipanggil jintan hitam. Daun-daunnya kecil serta halus, bunganya bewarna biru, buahnya terbungkus dan di dalamnya terdapat biji kecil yang bewarna hitam. Nama saintifik bagi jintan hitam ialah Nigella sativa Linn dan ia adalah daripada Famili Ranunculaceace.

Di dalam masyarakat Melayu, jintan hitam ini digunakan di dalam makanan sebagai penambah perisa dan ia akan berbau seperti buah lemon apabila dipecahkan. Terdapat juga jintan hitam yang diletakkan di dalam roti dan makanan ringan untuk mengharumkan bau dan menambahkan kelazatannya. Dari segi perubatan tradisional, masyarakat Melayu menggunakan jintan hitam untuk mencegah sengal-sengal badan, rasa mual (loya), sakit kepala, demam dan untuk kegunaan ibu-ibu selepas bersalin.

Di samping itu, jintan hitam juga dikenali sebagai jintan India dan bagi orang-orang Arab, jintan hitam ini lebih dikenali sebagai al-Habbah al-Sawda’. Kehebatan jintan hitam sebagai sejenis ubat yang mujarab juga diiktiraf di dalam Al Quran seperti yang dinyatakan di dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Al Bukhari yang bermaksud:

‘Tidak ada penyakit yang tidak dapat diubati dengan al-Habbah al-Sawda’, kecuali al-Sam (maut)’.

Di dalam masyarakat Melayu, jintan hitam digunakan sebagai ubatan tradisional yang mujarab bagi penyakit lelah, batuk, demam, batu karang, sakit gigi, sakit mata, jerawat, panau, kurap, bisul dan angin. Di samping itu, jintan hitam juga boleh digunakan untuk menambahkan susu ibu, meningkatkan ghairah seks, melancarkan darah haid, melawaskan air kencing, membersihkan perut, menyembuhkan sengatan serangga berbisa seperti lebah dan lipan, lumpuh dan sebagainya.

Bagi mengubati sakit panau, bisul, kurap dan jerawat, jintan hitam hendaklah digiling dan dicampurkan dengan sedikit cuka. Kemudian disapukan kepada kulit yang mengalami masalah tersebut. Bagi merawat penyakit batu karang, melawaskan air kencing, melancarkan darah haid dan menambahkan susu ibu pula, jintan hitam hendaklah dihancurkan dan dicampurkan dengan madu. Kemudian ia diminum dengan air panas. Ini hendaklah dilakukan berterusan selama beberapa hari.

Resepi yg nabia nk share hari ni..nabia dapat dari fp Kak Nina to Kak Nina..suka tgk masakan akak sorg nih...nampak sedap sokmo!! Nabia teringin nk masak camnih tp xtau lak kene letak air asam..patut laa sokmo x jadi buat version gini..output nabia xde laa sesedap kak nina..tapi sekadar boleh dimakan anak4 sudah mencukupi...erks alhamdulillahhh...


MIHUN GORENG SPECIAL
Bihun (direndam hingga lembut)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar/cili boh

Bahan A
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat (nabia gunakan kicap biasa sj..)
1 sudu besar sos tiram (nabia kehabisan stok..uhuk)
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar air asam jawa
Garam/Gula

Sayur Sawi/Taugeh
Udang - dibuang kulit [xde pulak udang dlm peti ais]
Ayam - dipotong kecil2
Daging batang pinang - dipotong kecil2

Tumbuk bawang dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan cili boh. Kacau. Kemudian masukkan semua bahan A. Kacau hingga sebati. Masukkan ayam,daging, garam dan gula. Biar sebentar hingga masak. Kemudian, masukkan bihun tadi, gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sayuran dan siap!


Kebiasaannya version meehoon goreng nabia warnanya hitam..kengkdg putih(meehoon singapore)..So bagi sesiapa yg mahu kelainan meehoon goreng nih..nih resepinya ya..easy pepzie!! ..this is tribute for MamaFami too..

MIHUN GORENG HITAM
1/2 bungkus meehoon TESCO (nabia panaskan air dlm periuk..n masukkan sebentar meehoonnya..jgn terlalu lama..klu terlebih nnt meehoon akan lembik n mudah putus)
4 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap kipas udang(ikut warna yg disukai..makin byk kicap makin sedap)
3 s/b sos cili KIMBALL
2 s/b lada sulah/lada hitam kasar
Garam(hanya buat syarat..sbb gabungan kicap+lada sulah tu dh ckup masin..kengkdg nabia x letak)

Sayur Sawi/Daun bawang
Daging batang pinang - dipotong kecil2-lagi byk lagi sedap

Tumbuk bawang dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan daging dan dikacau sebentar.Kemudian masukkan air agak2 tenggelam dagingnya sbb nnt hasil meehoonnya akan lembab2 gitu. Masukkan kicap+sos+lada sulah dan kacau hingga sebati. Biar sebentar hingga masak.Bila rasanya dh ckup masin manis pedas, masukkan meehoon tadi, gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sayuran dan siap!


Senang kan? Kalau sukatannya kureng mahapkan nabia ye...sbb slalunya main campak ja masak nih..ikut suka..orang kata masak nih kene kreatif kannn...tui dak MAK? ehhehe..jumpa lagi nanti ye..

Quote:

Mommy_d&d- hmmmm keje nak sket ja nih..eiii babap dia..babap dia..cuba babap sket M tu..hahaha..
psstt..lu suka baking kan..haa pe kata lu anto sket kt gue..wa suka bebeno roti2 nih..
Za - ahahhaah lawak laa awak nihh...(sambil nabia tepuk2 bahu za..pastu tersipu2 senyum kambing x mandi..)
Kak Leen- YES! YES! ada gak yg tergoda..hahahaha pandai diriku menggoda..
'MAK' -santapan mata pun konyang peeee..nnt balik for good hehr mama leh mkn meehoon..ckp ja nk warna pe..hahaha
Kuchai- hahaha cian org lain tu kuchai borong suma! hahaha..
pssttt dik...air asam jawa tu buatkan meehoon tu mcm pengganti cuka..ada masam2 sket..kengkdg ada yg masak meehoon guna cuka..kira rasa dia lg ngam soi! masam masin manis pedas..pehhh perfect!cuba ye...
Kak Sabrina - alhamdulillah ada yg seronok nak makan...nak layan tekak bebudak nih pun suatu cabaran kak..klu idak jenuh nk paksa makan...ehehehhe


Monday, 18-Dec-2006 06:32 Email | Share | | Bookmark
JOM LAYANNNN...

 
 
 
View all 4 photos...
Hujung minggu yg menyeronokkan buat anak4..dah lama x hepi2 di Tasik Titiwangsa dgn anak4 dek sbb jerebu yg melanda KL tempoh hari..brp kali asyik terbatal niat ja..ada ja plan emergency..janji dgn seorang sahabat ke sana pun asyik terbatal..kali nih pun plan tetiba..so tetiba juga ummi sibuk di dapur menyiapkan pan pizza lagi..sbb Nabila dok asik request nk pizza..nk pizza..camno ummi nak buek Nabila oiii..dimintak nya waktu keje..ohooooo klu ada ubat leh bg ummi jd superwoman mmg kubuat pizza untukmu cayang...tapi bila hujung minggu dtg..you don't worry my only princess...your dream will be granted! hahaha dia dah start menceceh dahhhh..

Ada byk lagi gambo tp Nabia x sempat nk edit semua...so apa yg ada je laa ye..nih pun gue dah 'curi' masa keje nih...MAHAP BOSSSS

Pan pizza kali nih tetap menggunakan resepi yg sama sebelum ini..tapi based gunakan resepi Donut Suria..Tapi toppingnya ada lainnnnnnn sket! Hahaha..Dek sbb Nabia nih HANTU HANTU BUKAK PINTU SADIN!!! So terhasil laaa Pan Pizza Sadin!! Pelik sket nabia nih..semua nak di'sadin'kan..ehheheh...So maleh laa teman nk boh resepi..cuma pe yg boleh teman kongsi bersama..topping sadin tu..masak ja sadin cam biasa..gunakan sos tomato dlm tin sadin tu laa ye..br ada rs masam2 sket..n masuk sket gula..nih optional..n d rest cam biasa..cuma klu masak sadin nabia suka letak serai halia sgala...bagi sesapa x gemo tu jangan laa letak ye..as sempoi sadin as that...then lenyekkan sambal sadin tu hancur2 gitu gitu apek ja...supaya bila mkn pehhh terasa ke'enak'an sadin tuuuuuuuu...hmm sedap laa ummiiiiii...Anak4 cukup pandai meng'ampu' ummi.. then d rest buat cam biasa kita sedia n masak pizza..

So Selamat Menjamu Mata..





Quote:

MamaFaMi-eheheh alhamdulillah..mmg sedap pizzanya..thanks to u my dear sis...sbb byk berikan galakan dan cabaran..hahaha..pssttt nabialishad send you hugs n kisses too...muaaaaahhhh they said!
Kak Leen-laaa jumpa lg sorg orang johor..akak kt segamat ehh..raya hj nabia akan balik ke jb..insyaAllah..ada air terjun eh kak kt sana...pehhhh!!
Nic-nih laa dianya..klu berjln depa laa orangnya..naik kete pusing2 taman pun suka!hahaha pandai ummi n ayah trick!pssttt jgn tnggu lama..its worth it!
Kak Sabrina-laaa lupa nabialishad nk chicken2-invite kat auntie..eh tapi xnak laa ajak auntie..sbb nanti auntie main lebih dari kami..auntie je yg main slide tu kang!!huwaaaa x rela tau!!
pssttt kami mmg leh kata tetiap minggu g sini but x tentu ms n tgk keadaan gak..klu ada ms lapang kak joint pun no hal maaa...leh mkn piza skali!
Mommy d&d- alaa ciannya damia..meh dtg sni meh..kita leh main sama2..sure gamat TITIWANGSA!!
psstt nih yg wa suka nk bg lu rasa pizza wa nih...sbb lu panggil wa cik..!
Kuchai - xpeee xpeee depa buli weekend ehhh...ummi n ayah buli depa hehari!! suruh pijak badan penat balik keje!!
pssttt auntie..geng2 yuk..tapi kan ummi nabila lagiiiiiiiii hantu sadin tau!
Shida- semua anak nangoi ku.. both tgh2 tu twins..alhamdulillahhhh..
pssttt petuanya: BERANAK SETAHUN SATU SO XDE JARAK ANTARA DEPA.... serius petua boleh pakai!


Wednesday, 13-Dec-2006 05:42 Email | Share | | Bookmark
BILA M MENYERANG...LARIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!

 
Apa ada pada nama?Dari nama membayangkan rupanya..dari rupa membayangkan orangnya..dari orangnya membayangkan hatinya..dari hati meluahkan sayangnya... ecewahhhhh ku x sangka diriku begitu jiwang hari nih...hahahaha...mind my manners ya...hahaaha..

Sorry la eh baru sempat nk update..Last weekend xde byk projek pun dok buat..cuma buat piza as requested by Nabila..n kali nih gunakan resepi DONUT SURIA as MamaFami suggest... to MamaFami...so mmg betui laa lagi lembut dohnya..anak4 siap request suruh buat lg..tapi umminya dah tak larat nk buat sbb dek demam batuk selsema yg melanda..ehheeh..then buat Kek Kukus Mocca resepi salah sorg forumers CARI yg rsnya sblm ni dh tepek resepinya kt sblh nuuu..pun as requested by Nabila..depa lak makan kek tu x sempat2 tunggu sejuk betui..tu yg laju ja..hmm fully enjoyed by them..puas hati ummi..Alhamdulillah..sowi laa x sempat nk amik gambo since ummi masih dlm mood separuh sedo ms tu...hhahaha...

Resepi hari ni selalunya nabia buat dgn nasi beriani..atau nasi tomato..atau nasi minyak tapi x larat nk masak..masak nasi biasa ja..tu pun gambo as usual a bit shaky... kene betui2 bertapa kot br dpt perfect skill..hahaha..nih antara hidangan kami hari Isnin yg lepas sbb Selangor cuti Birthday Sultan Selangor... to you... aci eh dedicate kt Sultan camnih...bad nabia!..bad nabia! So nih laa dia..ayam masak merah yg biasa nabia buat..high rating fave hubby.. muaaahhh to you bang...


AYAM MASAK MERAH
Bahan
1/2 ekor ayam-dipotong ikut suka/kecil2
1 biji bwg besar-dihiris bulat(hiasan)
2 biji bwg merah-ditumbuk jgn smpi lumat
2 ulas bwg putih-ditumbuk jgn smpi lumat
seinci halia-ditumbuk agak2 pecah sj,jgn smpi lumat
1 btg serai-dititik
4 sekawan-kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga
2 senduk cili kisar+belacan
2 s/b santan pekat
4-5 s/b tomato puree
1 helai daun limau-optional

Cara
-Ayam digoreng separuh masak terlebih dahulu.[Kunyit hidup/serbuk kunyit+halia+bwg putih+rempah daging+garam+pak aji]
-Siapkan bahan.Tumis bwg merah+putih+serai+halia+4 sekawan hingga naik bau.
-Tumis cili hingga terbit minyak.Api sederhana dan sentiasa kacau.
-Masukkan santan+tomato puree+air sedikit.Agak2 berkuah sket.
-Masukkan garam n perasa secukup rasa.
-Last skali masukkan daun limau.Nabia sukakan baunya yg wangi.Siap! Selamat Mencuba!

Quote:

MamaFaMi- tu laa tu..virus pe laa dok dlm bdn nih haaa...HAHAHAH salahkan virus lak..
Ishzah -thanks for your care..alhamdulillah dah sihat sket nih..ehehe jgn terancam sudahhh...eheheh
Kak Sabrina - yg simple tu biasanya lebih sedap kak..hhehe psstt alhamdulillah dah sihat..macih muahhhh..
Sweet Frosting - Alahai..nabia demam x effect ramai org..kalau Shida demam..aduhaii ciannya diaaa..
psstt best tu malas nak makan..leh diet wooo gitu...ku idam2kan selalu..nabia lak jenis macam rajin ja nk makan..haa camna tuh?
Nic - macihhh..sakit2 yg slalu tekak tu nk mkn macam macam..hahaha..
mommy_d&d - wa x kisah beb..lu masak simple2 pun kalau wa jd hubby lu..wa telan ja..sbb yg lelain lu masak mmg sedap..hahahaha..tetiba lak lu jd rock ehhh..hahahah
kuchai - jangkit dr anak..pastu bwk ke opis lak...hahaha..
Nn- no probs...alhamdulillah dh sihat sket..thanks anyway dear..
Meorjay - ye ehhh..alhamdulillah ramai yg suka..sila berkunjung lagi ehh...
Razi - huhu alhamdulillah...
silvershadow - Uda lg rock..dpt baby baru x kabo punnn..huhu...comey lak tu..cium dia cikit!!!
Zakiah - tu laa zakiah..tanggungjwb yg seronok dipikul..MEMASAK..heheh..ntah laa eh..suka beno dgn serai nih..generally serai tu bg perisa n pewangi tambahan dlm masakan..klu buat sup ayam ada org x letak tp ada yg letak..leh beza tau masakan memasing..x caya try...ehhehe..lg satu mungkin sbb family mertua org jawa..jawa nih slalunya dlm mskn gunakan serai..cuba tanya kengkwn jawa gak..heheeh sama2 kita blajo ehh..nabia pun masih belajo gak nihh..
Kak Rossya - ehheeh alhamdulillah kak..dah sihat...ye ehh..tambah sedap klu akak yg masak nih..
Phalinn-cuba laa sedas Doc..ne tau pasnih..Doc Phalinn bukan stakat xpert ubati org..tetau xpert juga ubati perut yg lapo..hehehe
~F&Z~ - tu yg kene lari pecut 100M kan kak...ahahaha
Hellikonia - disertai pulak dgn pepedom..PEHHHHHHHHH syahdu...syahdu...HAHAHA
Kak Leen - aduhaiii awatnya seketui ja kak...meh dtg sini meh...sehidangan akan kuberikan!! hahaha


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net